PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

DALAM merealisasikan wawasan  menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang
 selaras dengan motto sekolah iaitu
 "AZAM, ILMU, AMAL"
dengan izin Allah S.W.T
maka kami dengan penuh tekad dan iltizam
berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut:-

Memastikan  semua murid yang didaftarkan di SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at
mendapat tempat belajar yang sempurna
dengan memberi penekanan kepada keceriaan bilik darjah dan persekitaran.

Kami akan memastikan  bahawa
proses  pembelajaran dan pengajaran
akan berjalan dengan licin, teratur dan sistematik.

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kecemerlangan
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Kami akan menepati waktu dalam apa jua urusan pembelajaran dan pengajaran.

Kami akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami
untuk mendidik, membimbing, membantu dan memberi perkhidmatan terbaik
kepada semua murid SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at .

Kami sentiasa bersedia memberi perhatian penuh
terhadap disiplin dan penampilan akhlak setiap murid di bawah kawalan kami
pada setiap masa di sekolah.

Sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh sifat terpuji dan penyayang
sebagai ibu dan bapa di sekolah ini.

Memastikan semua urusan surat-menyurat, pentadbiran, pelantikan, pengesahan jawatan,
pencen, laporan, pengurusan kewangan dan sebagainya
dapat dikemaskinikan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Memberi layanan yang mesra dan cekap
kepada semua pihak yang berurusan dengan kami









DASAR SEKOLAH

BIL
BIDANG
BILANGAN SETAHUN
1
Pencerapan PdP guru
2 kali
2
Penyeliaan buku latihan murid
2 kali
3
Penghantaran Buku Rekod Mengajar
42 kali
4
Latihan Dalam Perkhidmatan
7 kali
5
Mesyuarat Guru dan Panitia
4 kali
7
Peperiksaan / Ujian
3 kali
8
Mesyuarat Audit Akademik dan Posr Mortem
3 kali



BIL
BIDANG / UNIT
CATATAN
1
Skim Pinjaman Buku Teks
100 % murid layak dan buku diterima sebelum hari pertama persekolahan
2
Biasiswa / Bantuan
Pendapatan ibu bapa kurang daripada RM 1500 sebulan layak memohon dan diuruskan tanpa tercicir
3
Kebajikan
Murid kurang berkemampuan perlu dibantu
4
Bimbingan dan Kaunseling
Semua murid perlu mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling berdasarkan indikator kualiti SPSK
5
Disiplin
Semua murid tertakluk kepada peraturan. Diuruskan menggunakan mekanisme e-Disiplin dan berlaku pengurangan kes disiplin
6
Data Sistem Maklumat Murid (SMM)
Data SMM tepat dan dikemaskini 2 kali setahun berdasarkan maklumat sahih


BIL
BIDANG / UNIT
CATATAN
1
Keahlian / Keanggotaan setiap murid dalam aktiviti kokurikulum
3 unit bagi setiap murid :
-          1 Unit Beruniform
-          1 Kelab /Persatuan
-          1 Kelab Sukan Permainan
2
Penglibatan setiap murid dalam 1M1S
Sekurang-kurangnya 1 sukan atau permainan
-          90 minit seminggu
3
Penglibatan setiap murid dalam aktiviti kokurikulum
3.1  Unit beruniform
3.2  Kelab / Persatuan
3.3  Kelab Sukan Permainan

3.1   18 kali setahun
3.2   12 kali setahun
3.3   12 kali setahun
4
Pemakaian Uniform bagi Unit Beruniform
Setiap hari Rabu
5
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Setiap hari Rabu
2 kali Sabtu setiap bulan (1M1S)



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(2013 - 2025)

  1. Objektif :

i.                     Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
ii.                   Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahu akan datang.
iii.                Menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan, termasuk perubahan penting dalam KPM

  1. Gelombang :

i.                    Gelombang 1 (2013 – 2015)
-          Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama

ii.                  Gelombang 2 (2016 – 2020)
-          Memacu peningkatan sistem

iii.                Gelombang 3 (2021 – 2025)
-          Mengajak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri

3.       Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia :

i.                    Akses
-     100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020

ii.                  Kualiti
-       Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

iii.                Ekuiti
-          50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

iv.                 Perpaduan
-      Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

v.                   Kecekapan
-      Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada






4.       Enam ciri-ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada 
  peringkat sekolah :








5.       11 Anjakan Pendidikan :

i.                     Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
ii.                   Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
iii.                  Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
iv.                 Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
v.                   Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah.
vi.                 Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan 
  keperluan.
vii.                Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
viii.              Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.
ix.                 Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
x.                   Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
xi.                 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss